Selasa, 19 November 2013

tegur, menegur, ditegur (:

"saya bertanggungjawab dengan apa yang saya tulis & cakap namun saya tidak bertanggungjawab dengan apa yang kalian mengerti & pahami."

think positive! manusia adalah salah satu wasilah dari ALLAH untuk menegur kita sebab kita tak mungkin akan mengerti bahasa alien dari planet Pluto atau memahami bahasa haiwan seperti mukjizat yang ALLAH berikan kepada Nabi Sulaiman a.s. kerana kita hanya manusia, hamba kepada-NYA, umat Nabi saw, anak kepada MakAyah, AdikKakakAbang kepada seseorang.
Mustahil bagi kita mengerti teguran dari alien kerana bahasanya yang berbeza serta kesahihan kewujudannya, tidak mustahil ianya wujud kerana setiap benda 'pelik' pasti digelar alien walhal mungkin ada nama lain atau kejadian lain mengapa dia dijadikan begitu oleh DIA. DIA tidak pernah menjadikan sesuatu dengan sia-sia :)  tamat kisah alien sebab saya pun tak pernah terserempak dengan alien lagi.
Bahkan, agak tidak logik andai kata kita memahami teguran dari 'kata-kata' dari haiwan di atas muka bumi ini melainkan melalui perbuatan mereka sahaja.
Wallahua'lam

setiap apa yang salah dari tulisan saya, susun atur ayat saya, kalam dari dua ulas bibir saya, detikan minda saya, luahan hati saya, serta catitan tangan saya, saya memohon berjuta keampuanan.
moga ALLAH mengampunkan serta menghantar insan-insan yang tidak jemu menegur kerana saya hanya insan biasa yang terlalu jauh dari kesempurnaan.

jom ubah diri!
tak perlu sehingga berbatu, cukuplah sekadar setapak sehari namun perjalanan tak pernah berhenti.
jangan pula tampak laju berlari namun mengah terhenti :)

selamat pagi Malaysia
selamat pagi tidak nampak (buta) Jordan^^

Isnin, 18 November 2013

JIM WAW DAL WAW HA : JODOH

wahai saudari,
jodoh itu rahsia ILAHI,
tak usahlah terlalu asyik mencari,
tidak pula dibiarkan sepi,
istikharahlah moga ketemu yang sejati,
kerana itu langkah pertama yang diajari.

wahai ukhti,
janganlah dikau letak martabat rendah sekali,
hargai dirimu terlalu bernilai tinggi,
hingga tidak akan pernah mampu dibeli
oleh sesiapa melainkan 'imam' yang hakiki.
moga redha ALLAH mengiringi,
kerana pernikahan jalan yang diberi.

kenapa belum bertemu Mr. Right?
sebab sudahkan kamu menyiapkan diri untuk menjadi Mrs. Right? perbaiki diri, hiasi peribadi waktunya pasti tiba,menantilah dengan penuh setia.

kenapa belum ada lelaki yang menyayangimu sepenuh jiwa?
kerana sudahkah engkau mengasihi dirimu sendiri dgn menjaga hatimu serta menjauhi kemungkaran DIA? sudahkah insan-insan disekelilingmu yang berhak merasai kasih darimu? sayangmu hanya untuk dia yang bertuah.

kenapa aku tidak punya kisah se'sweet' mereka?
bersyukurlah! ALLAH menjadi 'sweet' kepada kamu kerana menjaga hati dan perasaanmu hanya buat yang halal. Sweetkan ALLAH?


kenapalah aku tidak pernah menjadi Laila kepada Majnun, Dara kepada Uda, Juliet kepada Romeo?
kerana hanya ada seorang Majnun, seorang sahaja Uda, malah hanya ada seorang juga Romeo. Jadilah diri sendiri! ukir kisah mu sendiri mengikut ukiran dari al-Quran dan as-sunnah. biidznillah, bahagia digenggaman :)

sekuat mana kita setia untuk dia,
sehebat mana kita merancang untuk bersamanya,
selama mana kita menunggu lamarannya,
setabah mana kita bersabar dengan kerenahnya,
seikhlas mana kita menerima kelebihan dan kekurangan,
andai DIA mengatakan dia bukan jodoh kita, PASTI kita tidak akan berjodoh dengan dia.
saat kita mngatakan tidak manakala pula DIA mengatakan dialah orangnya, PASTI kita tetap akan berjodoh dengannya.
JODOH RAHSIA ALLAH :)

Sabtu, 16 November 2013

dunia jambatan ke akhirat ^^

"dunia tidak selamat untuk didiami, bukan kerana adanya orang jahat didalamnya TETAPI kerana adanya orang baik yang tidak melakukan apa-apa"
pangggg! terasa tertampar dimuka..terkedu seketika, kelat menelan liur lantas minda terus tertanya-tanya
golongan manakah aku??
yang jahat tidak mendatangkan manfaat atau yang baik tetapi langsung tidak memberi manfaat..

dimanakah aku meletakkan diriku??
mahu menjadi yang jahat?
aku takut namun aku 'senang' dengan cara itu..
mahu menjadi yang baik? 
aku mahu namun aku 'malas' berusaha membaiki diri.

Diriwayatkan dari Jabir berkata, Rasulullah saw bersabda :
 'Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.'
-HR Thabrani & Daruquthni
Hadith ini disohihkan oleh al Albani didalam 'ash-Shahih'nya.
Dari Ibnu Umar bahawa seorang lelaki mendatangi Nabi saw dan berkata, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling dicintai Allah? dan amal apakah yang paling dicintai Allah swt?" Rasulullah saw menjawab, "Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat buat manusia dan amal yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang engkau masukkan kedalam diri seorang muslim atau engkau menghilangkan suatu kesulitan atau engkau melunasi utang atau menghilangkan kelaparan. Dan sesungguhnya aku berjalan bersama seorang saudaraku untuk (menunaikan) suatu kebutuhan (keperluan) lebih aku sukai daripada aku beritikaf di masjid ini (Masjid Madinah) selama satu bulan. Dan barangsiapa yang menghentikan amarahnya maka Allah akan menutupi kekurangannya dan barangsiapa menahan amarahnya padahal dirinya sanggup (berkemampuan) untuk melakukannya maka Allah akan memenuhi hatinya dengan harapan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang berjalan bersama saudaranya untuk (menunaikan) suatu keperluan sehingga tertunaikan (keperluan) itu maka Allah akan meneguhkan kakinya pada hari tidak bergemingnya kaki-kaki (hari perhitungan)."
-HR. Thabrani
"yaALLAH, selamatkanlah aku, ahli keluargaku, sahabat sahabiahku, serta umat islam seisi alam dari godaan syaitan serta godaan diri kami sendiri, yaALLAH. Sesungguhnya Engkaulah penyelamat sejati lagi hakiki. Hanya padaMU kami meminta, jua hanya padaMU kami bergantung harap."
aamiin ya rabbala'lamin


moga ALLAH menjadikan aku serta sahabatsahabiahku bermanfaat antara satu sama lain

Rabu, 13 November 2013

'warna' kita

aku, engkau, dia, kamu, awak, saya punya 'warna' kehidupan yang berbeza.
 Kisah ini dicoretkan bukan untuk mengatakan ya! warna aku yang paling menyerlah, warna aku yang paling selesa, akulah yang menarik, aku jua yang paling tertarik.
hakikat sebenar mengenai 'warna' adalah 'warna' kau dan warna aku dilakarkan menjadi lakaran yang sangat indah lagi menarik sehingga mampu memukau tiap mata yang memandang.

Moga warna aku ini yang pudar tampak berseri dek bergandingan warna garang seperti warna kamu.
Moga juga warna yang nampak polos ini lebih ter'isi' dengan adanya warna kamu.
Moga warna yang nampak janggal tatkala terperuk di dalam hiruk pikuk menjadi mampu mendongakkan kepala.


putihnya engkau,

hijaunya dia,

merahnya aku,

jingganya kamu,

birunya anda,

hitamnya saya, 

apa sekali warna yang melambangkan diri kita,ingat! kita masih memerlukan warna dari insan lain
terima kasih kerana melengkapkan saya :)



 
*gambar ehsan dari syeikh google ^^